SHAH ALAM : Pemuda Pas Selangor mendesak siasatan terperinci dijalankan terhadap skandal Skim Insuran Am Selangor (INSAN) yang didakwa rakyat Selangor didaftarkan di dalam skim itu tanpa izin penerima.
Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, didapati pengguna didaftarkan bawah skim ini sejak 2022 serta berstatus aktif dan dijadualkan luput pada November tahun ini.
Menurutnya, beberapa persoalan besar perlu dijawab oleh pentadbiran Selangor berkenaan antaranya berkenaan status syarikat swasta yang mengendali projek itu.
"Kerajaan negeri juga perlu menjelaskan kedudukan bekas Exco Negeri, Datuk Teng Chang Khim sebagai pengarah (syarikat) yang jelas merupakan satu pertembungan kepentingan peribadi dalam urusan ini.
"Kenyataan berkenaan isu ini juga tidak konsisten contohnya Chang Khim pada 2022 menggambarkan seolah-olah skim ini perlu dimohon, namun hal ini bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan skim ini baru di peringkat 'prapendaftaran' yang hanya akan aktif apabila diisi sendiri oleh rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Pada Selasa, timbul isu pertikaian pengguna didaftarkan tanpa kebenaran menerusi INSAN didakwa menggunakan data peribadi tanpa kebenaran.
Isu tersebut tersebar di media sosial telah menimbulkan kebimbangan awam tentang tahap keselamatan data peribadi.
Mohamed Sukri berkata, sebagai satu produk kewangan, skim insurans ini tidak boleh didaftarkan secara paksa tanpa izin dan pengetahuan penerima manfaat yang melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
"Pemuda Pas Selangor menuntut penjelasan tuntas Amirudin serta barisan kepimpinan kerajaan negeri. Pada masa sama menuntut isu ini disiasat oleh pihak berkuasa secara mendalam.
"Kami turut menasihatkan kepada rakyat yang telah mendapati nama tersenarai dalam skim insurans tanpa izin untuk membuat laporan polis sebagai langkah melindungi keselamatan data peribadi anda," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023
Mohamed Sukri berkata, didapati pengguna didaftarkan bawah skim ini sejak 2022 serta berstatus aktif dan dijadualkan luput pada November tahun ini. - Gambar/ Sinar Harian
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Anwar perlu jawab segera isu INSAN Selangor - Hamzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberikan jawapan segera berhubung isu dakwaan kebocoran data peribadi membabitkan pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).
Pemuda Pas Selangor desak siasatan terperinci skandal INSAN
Pemuda Pas Selangor mendesak siasatan terperinci dijalankan terhadap skandal Skim Insuran Am Selangor (INSAN) yang didakwa rakyat Selangor didaftarkan di dalam skim itu tanpa izin penerima.
Program INSAN: Dakwaan salah guna data, polis terima 8 laporan
Polis Selangor menerima lapan laporan berkaitan dakwaan data peribadi pengguna rakyat Selangor digunakan tanpa kebenaran bagi pendaftaran Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN).